top of page
  • Writer's pictureLensa Kembara Team

Pengembaraan Lapland Finland Snowmobile

Selain dari aktiviti memburu Aurora, apabila berada di kawasan Arctic Circle ini, aktiviti berkonvoi dengan snowmobile juga salah satu pengalaman unik yang kita perlu lalui.

Berkonvoi sejauh 60km masuk ke dalam Alpine Forest, akan melalui pelbagai keadaan jenis jalan.


Kami melalui jalan di celah-celah hutan pokok Alpine, ada juga melalui jalan di atas sungai yang beku dan juga melalui jalan di atas tasik yang beku.


Trip yang saya bawa ini, disertai oleh golongan warga emas, namun semangat kembara mereka menjadikan mereka jauh lebih muda dari usia sebenar.


Setelah tiba di campsite, kami melakukan aktiviti ice-fishing. Kami melakukan aktiviti memancing di atas tasik yang telah beku sejak bulan December yang lepas.


Tasik yang beku, telah membentuk selaput ais yang tebal di atas permukaan tasik tersebut kira-kira 30cm ketebalannya.


Kami perlu menggerudi lubang dengan alatan khas, untuk membuka laluan bagi menurunkan matakail ke dalam tasik yang beku itu.


Setelah penat berkonvoi dan memancing, kami dihidangkan dengan roti dan sup. Kami dihidangkan vegetarian sup yang rasanya sangat sedap bersama 2 keping roti kelihatan seperti Roti Nan yang bersaiz kecil. Oleh kerana mangkuk yang digunakan untuk menghidangkan sup kepada kami agak besar, kami terasa sangat kenyang.


Pengalaman seperti ini adalah sesuatu yang perlu dilalui setiap orang yang gemarkan pengembaraan yang memberi pengalaman yang mencabar di kawasan Arctic Circle.


Saya belanja sedikit gambar sepanjang aktiviti berkonvoi jauh ke dalam Hutan Alpine di Lapland.


Trip Memburu Aurora kali ke-5, Kapten Khairul Hafiz,

Lapland, Finland


Pengembaraan menarik menanti. Jom pergi menunggang musim sejuk.


Snowmobile memang hebat.


Memori tercipta bersama rakan rakan.


Angin kencang, bertemu orang baru, bertanya khabar kawan lama.


Jangan kejar ikan, kita tunggu ikan datang dekat kita.


Vroom vroom! beri laluan untuk Snowmobile.


Keterujaan untuk memancing di tempat ais sukar digambarkan.


Walaupun letih, tetapi sangat berbaloi.


Makan bersama sama menggamit memori.


Ride sehingga matahari terbenam.


Tetap steady & bergaya disitu.

5 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page