top of page

Aurora Hunting di Rovaniemi Finland

Throwback post.


Alhamdulillah, diberi rezeki lagi untuk menyaksikan fenomena alam yang jarang dapat dilihat ini.


Beberapa malam sebelum tu, ia agak malu2 untuk menunjukkan diri. Walaupun dari statistik ramalan semalam lagi ia akan memberi bacaan KP index yang tinggi iaitu 4.0. Mungkin belum rezeki kami untuk melihatnya.


Tapi malam tadi, saya nekad untuk pergi ke segenap kawasan yang mempunyai kemungkinan untuk menyaksikam Aurora. Ini antara bucket list yang utama apabila saya bawa peserta ke dalam kawasan Bulatan Artik.


Pada awalnya, saya cuba untuk melalui kawasan yang sekadar gelap ditepi jalan. Dari situ, saya dapat lihat samar2 cahaya kehijaun dari kamera. Terus saya bawa semua peserta saya masuk ke celah2 kampung dipinggir hutan menghampiri cahaya kehijauan itu.


Akhirnya, ia memancar dengan kuat sambil warna hijaunya diiringi dengan warna kemerahan, sesuai bacaan index yang kuat ditunjukkam sekitar 3.36. Selagi berada di dalam kawasan Artik, setiap malam kami akan pergi berburu. Saya takkan putus asa sebab nenek saya pernah berpesan It's not over till it's over. Tidur lewat malam, bangun awal pagi dan tidur 2 3 jam sahaja itu biasa.


Peserta trip yang saya bawa kali ni semua dah kategori warga emas, dan setiap pergerakan aktiviti akan mengambil masa kerana kami perlu memberi keutamaan kepada keselamatan.

Saya perlu merancang perjalanan sebaiknya untuk setiap aktiviti.


Tapi, bila Aurora muncul, kecergasan semua peserta macam Auto minus 10 tahun halaju pergerakan juga bertambah. Tongkat pun dah campak nak berlari bergambar. Saya syak, cahaya aurora ni boleh membuat kita jadi muda. Tak percaya, cuba datang dan tengok, yang berusia akan jadi muda, dan yang muda akan keriangan kanak2. Saya pun jadi tak tentu arah.


Alhamdulillah, ini trip memburu Aurora saya yang ke 5, Pertama kali di Lapland Sweden-Norway 2 kali, di Iceland 2 kali, dan di Finland ini untuk pertama kali. Setakat ini Allah masih beri rezeki bertemu Aurora kepada saya dengan nisbah Dapat Melihat Aurora pertrip 5/5 atau ratio 100%. Segala kajian yang saya belajar bertahun2 memberikan hasil, dan kami juga tak berputus asa sehingga lewat malam. Namun itu juga atas kehendakNya untuk memberikan kami rezeki. Alhamdulillah


Secara ringkasnya, Aurora terhasil setelah magnetik dari kutub utara bertindak balas dengan partikel solar matahari yang terpancar ke bumi. Jadi, semakin hampir kita ke kutub utara, semakin tinggi peluang kita untuk menyaksikan cahaya Aurora Borealis.


Ia juga boleh kelihatan di kutub selatan yang mana ia dikenali sebagai Aurora Australis. Namun, keadaan hemisfera utara bumi yang mencondong ke arah matahari ketika waktu tertentu, menyababkan peluang yang lebih tinggi di bahagian kutub utara.

Saya belanja sikit gambar sooc, takut nanti orang kata saya edit je nk bagi kaler hijau naik.


Catatan Kembara Kapten Lensa Kembara, Khairul Hafiz Rovaniemi, Finland


In a world of wonder.


Wide eyes and mesmerized.


Life is short, capture every moment.


In a world of my own.


Dance under the stars, sleep under the aurora.


Seekers of the northern lights.


A moment that will last forever.


There is always light behind the clouds.

























13 views0 comments

Commentaires


bottom of page