Throwback post.
"Terasa macam mimpi pulak sampai kat tempat macam ni.. Tak sangka dah berumur macam ni sampai jugak kat tempat putih-putih macam lukisan.. naik snowmobile pula tu bawak jauh ke dalam hutan.."
Beginilah kata-kata yang saya dengar, dari salah seorang peserta kembara kami, ketika kami sedang menikmati hidangan sup sayur panas, di atas sebuah tasik yang masih beku.
Setelah menunggang snowmobile secara konvoi sejauh 60km, kami tiba di sebuah lokasi di sebuah tasik yang putih. Kami memancing dengan cara tradisional orang Sami yang tinggal di kawasan pedalaman di Lapland, dalam kawasan bulatan artik.
Perjalanan kami menunggang snowmobile melalui jalan pedalaman jauh ke dalam hutan alpine. konvoi kami lebih kurang sebanyak 20 buah snowmobile bersama-sama ahli kembara dari negara seluruh dunia. Ada yang datang dari Argentina, ada yang dari France dan ada juga yang datang dari kawasan Eropah yang lain.
Pengalaman tinggal di rumah igloo, yang mana kita dapat melihat terus ke langit pada waktu mlam antara pengalaman yang tidak dapat kami lupakan.
Di situ, kami dapat berjumpa orang-orang Sami yang tinggal di kawasan rumah igloo tersebut.
Di akhir trip, setiap detik yang kami rakamkan gambrnya dengan kualiti gambar profesional, dapat dibukukan di dalam sebuah album gambar yang kelihatan seperti di dalam majalah pengembaraan.
Catatan Nota Kembara,
Khairul Hafiz, Kapten Lensa Kembara Founder of Lensa Kembara Rovaniemi, Finland.
Memori yang telah di bukukan kelihatan seperti majalah pengembaraan
Rezeki menikmati Aurora Borealis di pinggir hutan alpine
Beraya di sebuah kampung pedalaman di Lapland
Di khemah untuk persinggahan setelah selesai memancing di atas tasik beku
Ketika dalam perjalanan secara konvoi bersama rakan-rakan kembara dari serata dunia
Menunggang reindeer, pengangkutan kuno orang sami
Ketika beraya di rumah igloo
Suasana hari raya sebuah kampung di Lapland
Salah satu mukasurat dari memori bersama Lensa Kembara
Comments