top of page

Penerbangan Pertama

Dulu, masa saya bawa trip tahun 2017, saya cuma tengok je co-captain saya fly drone. Masa tu tak terasa pun nak cuba-cuba pegang remote control. Saya tak naklah tanggung risiko manalah tau saya sentuh je remote, terus crash.


Dalam hati ni, ada juga teringin tapi ignore je. Saya cakap dalam hati jela, nanti satu hari nanti Abam beli drone sendiri.


Dah tahun 2022, bila saya nak run Lensa Kembara, adalah perlu untuk saya tahu fly drone dan ada drone sendiri. Jadi, dapatlah shoot footage dan fotografi dalam sudut pandang dari sisi yang lain.


Rupanya tak adalah payah sangat nak control dia. Elok je dia dengar kata. Ada sensor atas bawah dan depan belakang untuk tak langgar subjek atau obstacle. Masa beli hari tu, dia terangkan sekali lalu je.


Takut lupa je apa yang dia cakap laju sangat. Tapi Abam masih teragak2 lagi dengan controller dia. Nak ke depan tertekan ke atas. Nak ke atas tertekan ke depan pulak. Haha! Kadang2 tu saya tak tau dah kat mana drone ni pergi. Main agak2 je.


Sekarang ni saya sibuk sikit sebab dalam persediaan baby trip Lensa Kembara. Ini kira practice la untuk saya sempena trip yang tak lama lagi. Minta sahabat semua tolong doakanlah semuanya berjalan lancar ya!


Maka dengan ini, secara rasmi Lensa Kembara akan menceburi bidang aerial fotografi dalam trip kita nanti.


Untuk tahun 2022 ni, Alhamdulillah Lensa Kembara dah penuh 3 trip, dan InshaAllah kami akan reveal lagi beberapa trip yang Wow! tak lama lagi.


Saya ni peminat Liverpool sejak kecik. Jadi, semangat saya sama macam Steven Gerrard. Steven Gerrard pernah berkata, apabila wartawan mengajukan soalan kepada beliau tentang perasaan dia menentang pasukan kesayangannya Liverpool ketika dia baru dilantik sebagai manager pasukan Aston Villa. Steven Gerrad jawab,


"When I'm into something, I'm all in."

Sama semangat macam saya. Saya hari tu kata akan all out buat sesuatu. Eh, sama ke? Steven Gerrard All In. SayaAll Out. Macam terbalik je. Dia masuk semua. Saya keluar semua. Haha!


Bila drone ni nak turun mendarat, kelihatan macam seekor burung yang jinak pulak. Hehe! Macam kena bagi nama. Agak2 kalau nak bagi dia nama, nama apa yang sesuai? Saya macam rasa nak bagi dia nama Jiji. Sebab terpandang jenama dia dji..haha!

Oh lupa nak bagitahu, Saya fly drone dekat Laman Belia Sungai Rambai.


Tapi dalam video ni nama sungainya Sungai Kesang. Saya pun pening, ni Sungai Rambai ke Sungai Kesang?


Khairul Hafiz Feb 2022 Catatan Lensa Kembara Sungai Rambai, Melaka.
















20 views0 comments

댓글


bottom of page