top of page
  • Writer's pictureKapten Hafiz

Pagi Yang Sejuk

Updated: Aug 12, 2023

"Uuiii.. sejuknya..!" sambil aku mengosok dua tapak tangan.


Pagi itu, cuaca dingin sejuk terasa kadang2 menusuk ke tulang. Nasib baik ada heater masih terpasang, jadi, suasana dalam ruang rumah terasa sedikit selesa. Pemandangan di luar tingkap masih kelihatan selaput salji putih di lereng2 bukit menunjukkan musim sejuk masih belum berakhir, ketika kalendar sudah memasuki bulan April. Suhu pada jam tangan menunjukkan 8 degree celcius, ternyata cukup sejuk jika ada angin bertiup.


Baru je siap makanan untuk breakfast. Sebahagaian peserta masih tengah bersiap dan belum keluar utk bersarapan. Aku ambil kesempatan untuk ambil kamera dan pusing2 sekeliling homestay. Homestay kami terletak disebuah kampung pedalaman kira-kira 1 jam lebih dari bandar Salzburg. Memang banyak pemandangan authentic dan cantik sekitar kampung ni.


Bila turun ke bawah, tolak saja pintu dan aku melangkah keluar, suasana sejuk terus mendakap seluruh badan sampai terasa hingga ke tulang. Namun setelah beberapa lama, rasa sejuk semakin berkurang, setelah mencapai keseimbangan terma antara suhu badan dengan suhu suasana sekililing. Tapi kadang2 rasa mcm nk menggigil juga. Ku kuatkan kudrat juga melangkah dengan harapan nk cari gambar-gambar yang best dalam selang masa sebelum kami berangkat keluar untuk aktiviti hari ini bertolak ke Hallstatt.


Dari jauh, di block rumah belakang homestay kami, kelihatan seorang pakcik mat salleh sedang menyembur air, suasananya sama macam tengah buat carwash. Tapi kali ni objeknya agak berbeza.


"Owh tengah mandikan lembu.. ini moment yang best ni.." bisik hatiku.

"Lambat-lambat sikit pakcik.. jangan mandikan cepat sangat..!! " jeritku.. jerit dalam hati. Sebab takut2 lembu tu dah siap mandi aku tak sempat ambik gambar.. nanti terlepas moment.


Aku cuba nk mendekati aktiviti pakcik tu, tapi risau tempias air merecik pada kamera. Sesekali zoom in.. sesekali zoom out dan kadang-kadang aku melangkah ke kanan atau ke kiri untuk adjust framing gambar. Entah berapa kali aku snap pon dah tak kira. Ada beberapa gambar yg berbeza dengan berlainan body anatomy pakcik yang tengah mandikan lembu tu.


"Lembu kat sini pon pagi-pagi lagi dah mandi.. sejuk pulak tu.." hatiku bermonolog.

Memang berbeza negara dunia kelas pertama ni memang lain disiplinnya. Biasa aku nampak kat malaysia klau orang yg bela lembu setakat 3 4 ekor jarang ada mandikan lembu pagi-pagi, kecuali yg ternak lembu secara commercial dan skala besar untuk menjamin ke hygiene an ternakan mereka. Itu pon guna automation piping sistem dan lembu tu akan dilalukan ikut lorong paip bersistem untuk pancuran. Tapi Pakcik Mat Salleh ni mandikan lembu manual macam basuh kereta. Siap berus2 lagi..tak nampak pulal lembu tu menggigil kesejukan.


Tetiba aku teringat yang aku pon masih belum mandi.. terasa aku ni orang Malaysia yang lebih teruk dari lembu Austria. Terus aku melangkah menuju ke rumah untuk cepat2 mandi. Peserta lain mungkin dah siap-siap nak sarapan. Bilik air ada heater pon kadang takut2 nak mandi pagi musim winter ni.


Selamat pagi gais. Moral of the story, bangun dan mandilah awal pagi walaupon pada hari cuti. Kita jangan kalah kepada lembu Austria.

Cerita pendek & Catatan kembara versi Campak Belakang,

Khairul Hafiz Kapten Rarecation




11 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page