Satu hari tu, aku terima SMS:
"Salam encik. Kucing saya terperangkap masuk balkoni belakang rumah encik. Mcmana eh saya nak ambil..?" SMS yang aku terima daripada nombor yang aku tak kenal.
"Nombor encik pihak management office yang bagi.." Belum sempat aku nk bertanya SMS kedua pon masuk lagi.
Rupanya budak ni nk mintak kebenaran untuk ambil kucing dia terperangkap kat balkoni rumah. Tapi masalahnya, bukan balkoni rumah aku. Rumah jiran sebelah. Untuk makluman, rumah apartment biasa ada balkoni sebelah belakang, yang jadi tempat ampaian jemuran baju.
Ceritanya, masa aku nk keluar pergi kerja awal2 pagi, ada kucing mengiau-ngiau dengan kuat sambil pusing ke sana pusing ke sini di balik pagar balkoni, seolah-olah meminta tolong untuk dikeluarkan daripada balkoni rumah jiran sebelah kanan. Dalam hati aku cakap, "Lapar kot kucing ni.." sebab nampak macam jiran aku ni balik kampung sebab rumah dan tingkap semua berkunci macam tak ada orang. Aku ketuk-ketuk pintu pon tak ada yang bukak.
Hari kedua hari aku off-day, bila nak keluar rumah, nampak kucing tu masih lagi kat situ dan masih mengiau-ngiau lagi. Memang nampak macam terkurung, jadi aku rasa dia mesti lapar.
Dengan semangat kasih sayang sesama insan, aku pon singgah la kedai mamak untuk belikan ikan. Aku pilih ikan yang paling besar. Ikan caru goreng. Kalau makan ni mesti kenyang kucing tu maklumlah macam dah berhari-hari tak makan.
Sampai ke rumah, aku pon campak ikan tu ke balkoni rumah jiran, aku tengok kucing tu dah cium2 ikan tu dengan penuh rakusnya. Lepas tu aku terus masuk rumah.
Petang tu aku keluar rumah sekali lagi, kucing tu masih kat situ. Mengiau-ngiau semakin kuat dan gelisah.
"Aik, tak usik..?" Soal aku dalam hati. Ikan yang aku campak dia tak makan pon. Masih cantik lagi bentuk ikan tu.
Berbalik kepada SMS tadi, aku reply la balik SMS budak tu:
"Kucing awak tu terperangkap bukan kat rumah saya.. rumah sebelah rumah saya.. management salah bagi nombor kot.."
"Saya tengok jiran sebelah ni macam tengah tak ada orang kat rumah, mungkin balik kampung atau outstation. Tapi saya dah letak ikan. Tapi dia tak makan pon.."
Aku reply SMS dia lagi.
"Owh, kucing saya memang tak makan ikan. Dia makan kibble je.." Dia reply.
"Laa.. tak makan ikan ke.. awak campak la makanan kat situ sementara tnggu tuan rumah balik. Mesti lapar kucing tu.." Aku reply semula.
Keesokkannya aku keluar rumah dah bayak biji2 kibble kat balkoni rumah jiran aku tu.. mesti tuan kucing tu yang campak. Kucing tu masih mengiau, tapi dah tak segelisah sebelum ni.
Dulu masa kat sekolah rendah, teringat aku satu mukasurat kerja untuk padankan haiwan dengan makanan. Biasa kita akan padankan kucing dengan ikan. Sebab semua orang tau kucing makan ikan. Lukisan bentuk kucing, biasa dipadan dengan lukisan bentuk ikan. Atau akan biasa nampak gambar kucing tengah gigit ikan.
Tapi zaman sekarang, kucing dah tak kenal ikan.. kat buku sekolah, gambar kucing mungkin akan dipadankan dengan gambar bulat2 iaitu kibble makanan kucing..
Kesian kucing zaman sekarang. Kalau tak bagi kibble tak pandai makan. Tetiba aku teringat kisah ni bila tertengok gambar kucing yang tengah makan kibbles.
Rasanya kita patut kenalkan ikan kepada kucing. Supaya kucing-kucing zaman sekarang masih boleh mengenal ikan sebagai makanan asasi beliau.
Eh tertulis panjang pulak lagi.
P/s: Gambar ini kucing ketika di homestay kami di Salzburg. Nama beliau Jessy. Sangat tak takut orang. Dia mengiau sama macam kucing kat Malaysia. Takde slang bahasa Jerman langsung..
Catatan Kapten Rarecation.
Kapten Hafiz Rarecation 111 Central Europe
Comments