top of page
  • Writer's pictureKapten Hafiz

Trans Arjuno Welirang

Updated: Aug 12, 2023


Trans Arjuno Welirang (28th April - 3rd May 2016)

Ni adalah kali pertama aku menyertai trip hiking luar dari malaysia. Sebelum trip2 yg aku sertai adalah trip photography. Sememangnya pengalaman baru dan berbeza yang dapat aku rasai.

Kebiasaannya dua atau tiga hari sebelum trip, aku akan rasa tak sabar dan agak excited. Tapi utk trip hiking ni rasa lebih berdebar dan risau, takut2 kalau tak berjaya nak sampai ke puncak.

Akhirnya Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun sepanjang perjalanan turun, aku ada merasa sedikit sakit di lutut kiri, tapi alhamdulillah selamat sampai.

Berikut adalah detik2 perjalanan kami sepanjang pendakian Trans Gunung Welirang dan Arjuno.

Perjalanan bermula dari Jalur Tretes dan berakhir di Jalur Persoworo.

Jam adalah dalam waktu Indonesia Barat.

Bergambar di tebing curam menghadap cahaya matahari pagi. Gambar daripada Go Pro Hero 4, dipetik oleh Faiz Zakaria.

29 Apr 2016 - Day 1

0600hrs

Mula mendaki dari Post Kampung Pasuaran.

0620hrs

Sampai di Pos 1..berhenti sebentar sambil ambil gmbar.

0630hrs

Teruskan perjalanan. Dalam perjalanan beberapa kali stop tambah nyawa..😁

1200hrs

Akhirnya smpai di Post 2. Kami berada pd ketinggian 1600mdpl +/-. Post kt sini menarik sbb ada waterpoint, sumber air yg kuat, bersih dan sejuk. Cuaca di Post 2 ni pon dah terasa sejuk2 dan mulut dah mula berasap2. Porter kami sediakan makanan. Mee Sedap dan telur goreng. Tapi rasa sedap dan nikmat dia lain mcm. Lepas solat zohor jama' qasar sambung perjalanan.

1330hrs

Perjalanan diteruskan. Sepanjang perjalanan mmg banyak kali stop utk tambah nyawa. Kalau main game street fighter, nyawa aku dh byk kali merah2. Terpaksa stop kejap utk naikkan nyawa kuning atau hijau.😁😂

1630hrs

Akhirnya smpai di Campsite.

Bersiap2 utk malam. Pd ketika ni kami berada pd ketinggian 2500mdpl +/-

Porter makanan dan khemah kami tiba agak lewat, kerana salah seorangnya cedera.

Kira2 jam 2000hrs mereka pon tiba dan terus kami bergotong-royong memasang khemah. Dan makanan juga disiapkan.

Kami bersiap2 utk bangun awal pagi pada jam 0330hrs utk menuju ke puncak Welirang.

Ketika dalam perjalanan menuju ke Campsite Welirang

Ketika sampai di puncak gunung welirang

Ketika di sekitar campsite pagi kedua. Gambar dari Go Pro Hero 4 dipetik oleh Shukri Saleh

30 April 2016 - Day 2

0330hrs

Perjalanan menuju puncak welirang.

0730hrs

Kami smpai di puncak. Porter dan guide dah smpai awal. Mereka bersiap sedia menyediakan makanan. Sampai2 saja di puncak, terus kami dihidangkan mee segera..fuh.. Mmg nikmat.. cuaca yg sejuk2 pd ketinggian 3156mdpl sambil makan maggie cup panas2..dan mulut berasap2. Fuh nikmat.

1030hrs

Bertolak turun.

1200hrs

Smpai di campsite. Bersiap2 utk ke campsite satu lagi utk menuju ke Arjuno. Difahamkan perjalanan dalam 1jam 30minit atau 2 jam utk smpai ke campsite seterusnya.

1430hrs

Bertolak ke campsite yg dinyatakan iaitu Lembah Kidang.

1630hrs

Tak smpai2 lagi2 campsite tu. Rupa2nya campsite Lembah Kidang yang dimaksudkan dah pon lepas. Kami dah terlebih smpai pada ketinggian 2900m. Kami teruskan lagi pendakian sehingga cuaca dah gelap dan keadaan dah mula sejuk, selepas hujan renyai2 dan angin kuat bertiup.

Kami tiba di satu kawasan yg agak lapang (tapi tak lapang sgt) memandangkan cuaca dah mula hujan dan keadaan dah gelap.

Masalahnya guider kami masih berada di bawah. Khemah kami ada pada guider. Jadinya kami yg dah terlajak ke atas, terpaksa menunggu utk guider/porter yg bawa khemah kami smpai.

Masa ni aku jatuh demam. Aku mmg alah kalau cuaca sejuk yg melampau. Dalam trip2 photography yg aku join sebelum ni pon bebrapa kali aku demam..haha trip Bromo demam(sejuk giler jugak). Trip south europe demam (sebab sejuk giler main salji kat Swiss Maloja Pass) Trip ni pon aku demam sbb masa ni hujan gerimis dan angin kuat dan baju tebal aku tertinggal dlm bag porter.

Mujur kawan2 yg baru kenal ni semua caring.. tak lupa aku kat jasa diorang semua.. Fafa, Faiz, Azia, Zurin dan Shukri..semoga persahabatan kekal smpai bila2

Malam tu aku mmg kesejukan menggigil.. sejuk giler xtau nk buat apa.

Mujur Fafa bagi pinjam emergency blanket. First time tgk emergency blanket nipis je mcm aluminium, tp bole retain haba.

Mlm tu mmg xbole tdo.. asyik duk tgk jam baru pkul 1.30am. Aduhh.. lamanya nk tnggu pagi. Nak ada matahari. Beberapa kali terjaga sbb sejuk giler.

Malam tu cuma ada 2 je khemah yg smpai di bawa naik oleh secara tergesa2 oleh runner porter di tapak campsite emergency kami. 1 utk lelaki, 1 utk perempuan. Khemah yg selebihnya pada porter yg masih di bawah. Jadinya kami lelaki 6 org mmg berhimpit dlm khemah yg sepatutnya muat utk 4 org. Mmg dh rasa mcm sardin betul..tp itu agak membantu dalam proses transfering n sharing haba sbb cuaca mmg sejuk giler.

Dalam beberapa kali aku tersedar pd waktu malam tu dpt dengar bunyi ribut kat luar. Mlm tu aku berehat awal lepas kawan2 bagi mkn panadol. Ada 1 tahap aku sejuk giler rasa nak muntah. Tp nasib baik ok lagi.

Dalam beberapa kali terjaga sebab sejuk..aku menggigil lg..kdg2 gigilan aku menhasilkan bunyi dalam khemah..sbb aku berbalut dgn selimut aluminium..aluminium tu terketar2..ahaha

Akhirnya pagi juga..fuh..malam yg panjang dan terasa siksa.

Ber selfie di tebing tapak perkhemahan malam ke 2. Pemandangan pada pagi itu sangat cantik.

Ber selfie di tebing tapak perkhemahan malam ke 2 bersama kawan2.

Pemandangan pada pagi itu sangat cantik.

Ketika di puncak gunung Welirang Ketika di puncak gunung Welirang

1st May 2016 - Day 3

0700hrs

Dari dalam khemah aku dpt rasa ada cahaya matahari. Aku jenguk luar khemah mmg dh jangka view mmg cantik giler. Lewat petang semalam aku tak sempat nak menikmati view, sebab dah mula rasa tak sedap badan akibat sejuk melampau.

Pagi tu mmg aku tak lepaskan peluang la nk ambil gmbar.

Porter makanan kami dan brg2 semua dh smpai awal pagi smalam katanya.

Makanan maggie siap utk sarapan dan kopi o panas dan biskut2.

Satu berita gembira ialah puncak Arjuno dah tak jauh. Kami berkhemah pd ketinggian 3100m. Maknanya dalam 300m lebih kurang utk smpai.

0830hrs

Bertolak ke puncak Arjuno.

Dalam perjalanan terlihat kuburan yg dikatakan mistik dalam cerita2 blog yg aku baca.

Alhamdulillah kami semua tiada gangguan oleh perkara2 mistik.

1000hrs

Smpai di puncak Arjuno.

Ambil2 gambar dan siap mkn tengahari.

Cuaca agak sejuk. Cuma kadang-kadang awan beredar jadi cuaca menjadi terik. Semasa terik tu rasa seperti kulit dihiris-hiris.

Masa mkn tghari tu rs panas. Lama pulak awan tu beredar. Aku pon buat tak tau sambil harap awan dtg cepat. Jd kulit2 yg terdedah kat matahari tu jadi pedih2 wlaupon dh smpai kat tempat sejuk.

1200hrs

Bertolak turun ke bawah. Kami memilih jalur Persuworo.

Maknanya akan melalui kawasan chandi2 klasik kesan tinggalan zaman majapahit.

Utk smpai ke waterpoint, ambil masa kira2 4 jam..

1530hrs

Smpai di water point kawasan kuburan peninggalan empayar majapahit.

1630hrs

Bertolak turun. Gogo kami Huda, membuat keputusan agar semua antara kami turun dalam satu barisan. Agar semua tidak berjalan berasingan sehingga sampai ke bawah, memandangkan hari akan gelap.

1830hrs

Sampai di satu perkampungan post. Kami singgah sebentar ada yang mengambil kesempatan membeli air minuman.

1900hrs

Perjalanan turun disambung.

2030hrs.

Akhirnya, kami semua sampai di lokasi van yang menunggu kami.

Pada malam itu, selepas mengisi perut yang lapar, kami semua bergerak ke hotel untuk membersihkan diri dengan sempurna selepas beberapa hari duduk di dalam hutan.

Pada keesokan harinya, kami beraktiviti jungle tracking di kawasan air terjun Tumpak Saehu. Boleh lihat view air terjun yang sangat cantik. Aku kira air terjun yang paling cantik yang pernah aku sampai. huhu

Pemandangan Awan yang sangat cantik

Kepuasan apabila dapat merasakan pemandangan melihat diri sendiri berdiri di atas awan. Gambar dari Go Pro H4 Silver. Dipetik oleh Aziah Nashiha

Terlihat bayang-bayang sendiri ketika sedang dalam perjalanan menuju puncak Arjuno

Kesimpulan:

1. Pendakian dari starting point ke campsite ambil masa 10jam 30min termasuk 1jam 30min rehat dan mkn tghari di Post 2.

2. Barang2 kalau bole perlu cari kelengkapan yang paling ringan yang mampu. Baju thermal cari yg light. Kamera pon ingatkan mirrorless dah ok, rupanya bila smpai sana takde mood langsung nak ambil gambar. Perlu cari kamera pocket atau kamera compact yg good quality.

3. Kasut kena yang selesa. Pemilihan kasut agak crucial..sbb kita akan berjalan mendaki lebih dari 10jam..

4. Kalau yang pakai spek mcm aku..perlu ada head band. Sebab peluh akan sentiasa mengalir kat dahi. Kalau tak ada headband, akan menitik kat cermin mata dan tak selesa dan mengganggu view.

5. Cuba bawa sweater yg tahan sejuk..tapi ringan dan nipis.

6. Makanan coklat dan kacang2 adakah perlu utk tenaga. Sebab perjalanan yg lebih 10jam mmg sangat memerlukan sumber makanan yang senang dimakan semasa berjalan/mendaki.

7. Best kalau ada jam tangan yang bole trace berapa jauh berjalan dan bole trace lokasi kedudukan atau ketinggian semasa, agar bole anggar waktu utk sampai ke lokasi.

8. Bagi yang bawa gadget byk mcm phone/camera/video gopro/musicplayer/jam tangan dgn gps tracker, better standby power supply yg mencukupi. Bawak 2 or 3 biji power bank yg berkapasiti 10k mA setiap biji. Sebab sangat siksa bila gadget tak ada power.

9. Kalau teringat lagi aku akan tambah lagi..=P

Menyelitkan diri di celahan batu2 gua. Gambar oleh Go Pro Shukri Saleh.

Berada dalam salah satu Gua di Tumpak Saehu. Gambar oleh Go Pro Shukri Saleh.

Berada dalam salah satu gua di Tumpak Saehu

Air Terjun Tumpak Saehu. Gambar Kamera Phone Samsung Galaxy Note 3.

78 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page