Kisah Kampung Rusirani
Kampung Rusirani. Inilah nama perkampungan yang kami lawati ketika ber'photocamp' di India dan bermusafir pada Februari 2015.
Untuk sampai ke Kampung Rusirani, ia mengambil masa kira2 3 jam perjalanan dengan menaiki bas dari hotel kami yang terletak di tengah bandar Jaipur. Setelah sampai di satu lokasi check point, kami menaiki kenderaan pacuan 4 roda pula untuk menaiki kawasan bukit kira2 30-40minit jarak masa untuk sampai ke perkampungan. Ia memang berada pada kawasan pedalaman yang mana hanya terdapat beberapa buah rumah sahaja di kawasan tersebut.
Ketika dalam kenderaan pacuan 4 roda, cuaca lama-kelamaan berubah menjadi sedikit sejuk. Ini kerana faktor kedudukan tempat tinggi. Sepanjang di dalam kenderaan pacuan 4 roda itu, aku tak lepaskan peluang menikmati permandangan cantik dari tempat tinggi. Sesekali terlihat beberapa ekor burung merak liar tidak jauh dari tepi jalan. Terasa seperti berada dalam alam maya. Kebiasaannya burung merak hanya dapat dilihat di dalam zoo atau pon di taman burung. Aku terasa teruja dengan keadaan suasana pemandangan hutan yang aneh.
Kami diberitahu bahawa kampung penempatan itu telah berusia 2000 tahun. Ceritanya bermula apabila seorang puteri raja membuka kawasan penempatan bersama pengikut2nya. Dikatakan puteri raja itu melarikan diri dari istana akibat rasa sedih dan tidak berpuashati dengan raja. Puteri raja tersebut melarikan diri jauh ke kawasan pedalaman, maka itulah bermulanya Kampung Rusirani.
Kami disambut dengan meriah dan kedatangan kami di sana sangat mengembirakan mereka. Mereka berkerjasama menyediakan makanan secara tradisional sempena kedatangan kami. Capati dan 2 jenis lauk vegetarian.
Sesungguhnya ini adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Carroll Apiez
Rusirani Village, Jaipur.
Photocamp 9.
Feb 2015
For more photo, go to the gallery: