top of page

Zero To Pro Edisi ke-22 Melaka


Zero To Pro Ke-22 Melaka: 24-26 May 2014

Model Kamera DSLR pertama yang aku gunakan adalah Nikon D60. Ini kamera adalah kamera pinjam. Ketika tu aku agak curious dengan butang2 yang ada kat kamera DSLR, tapi hanya beberapa function je yang aku tahu gunakan. Terasa agak terkilan mempunyai kamera DSLR besar (model D60 agak besar pada aku ketika itu) tapi tak fully utilize function setiap button.

Satu hari aku ternampak iklan di facebook tentang bengkel asas DSLR dengan yuran RM50. Dengan tarikh yang sesuai mengikut kalendar aktiviti aku, aku mengambil keputusan join bengkel asas tu.

Dengan Nikon D60 tu lah aku join bengkel asas fotografi DSLR pada April, 2014 dan seterusnya join bengkel Zero To Pro (ZTP) yang ke-22 anjuran Saiful Nang Academy di Bandar Melaka pada May 2014.

Bermula dengan Bengkel Asas DSLR, aku teruja melihat contoh2 gambar pelajar, cikgu ketika itu (Abang Zaidi) yang menunjukkan perbezaan yang nyata sebelum dan selepas menyertai ZTP.

Dalam dunia seni ini, hasil kreativiti amat mudah untuk dilihat dan dinilai jika ianya memang benar2 menarik. Begitu juga dengan hasil2 gambar pelajar2 ZTP yang ditunjukkan kepadaku. memang berbeza hasil gambar seseorang sebelum dan selepas join ZTP. Memang impian aku untuk merakamkan gambar2 yang berupa professional. Jika tidak pon, menghampiri gambar2 jurufoto professional pon dah okay. Akhirnya aku mengambil keputusan menyertai ZTP ke-22 itu di Melaka.

Bengkel ZTP 3 hari 2 malam itu adalah antara pengalaman yang takkan aku lupakan. Cikgu2 terdiri daripada Syibli Fakih, Fuad Topa, Wafiey, Ain, dan malam dan hari terakhir beberapa tips yang dikongsikan sendiri oleh Saiful Nang.

Hari Pertama - Sesi Pagi

Pendaftaran bermula kira2 jam 10 pagi. Tapi aku antara yang lambat sampai. Secara jujur, aku rasa malas sebenarnya untuk hadir. Waktu itu aku masih belum ada passion atau minat yang bersungguh untuk belajar fotografi. Masa register dulu memang ada sedikit semangat, tapi bila harinya sudah tiba esok, rasa macam malas pulak nak pergi.

Selepas sesi pendaftaran dan sedikit briefing, kami di bahagi mengikut kumpulan. Satu kumpulan dalam 4 atau 5 orang. kami diberi tugasan pertama untuk mengambil apa-apa saja gambar disekeliling luar dewan kelas. masa tu memang tiada idea langsung apa nak gambar nak ambil. petik2 saja.

Hari Pertama - Sesi Petang

Petang tu kami belajar tentang Komposisi. Masa tu baru aku faham ambil gambar sebenarnya banyak yang perlu dipertimbangkan sebelum klik kamera. Komposisi dan Art of Seeing. Aku rasa topik ini benar2 membantu aku dalam menjadikan gambar lebih berseni.

Petang tu selepas kelas teori, kami keluar dan memburu gambar2 mengikut apa yang telah dipelajari tadi. owh terasa susahnya nak dapatkan gambar mengikut Art of Seeing yang diajar tadi.

Hari Pertama - Sesi Malam

Waktu malam adalah sesi pembentangan gambar2 yang diambil petang tadi serta sesi mengkritik. Secara jujur sesi mengkritik ni antara sesi yang aku paling suka. Bukan sebab apa, waktu ni lah baru kita nampak gambar yang kita ambil tu bagus ke tidak dari pandangan guru2 yang pro tu. Kadang2 kita rasa gambar tu dah cantik, tapi sebenarnya ada yang perlu kita tambah untuk jadikan ianya lebih cantik. Secara jujur, sampai sekarang aku rindu sesi kritik.

Hari Kedua- Pagi

Kami belajar tentang photo essei. Selesai penerangan, kami bergerak ke lokasi tumpuan kami untuk sesi photo hunting. Untuk sesi pagi ini, kami bergerak mengikut kumpulan yang telah diberikan semalam. Kumpulan aku terdiri dari Aku, Fadzil, Shahril dan Firdaus. Lokasi untuk photo hunting adalah di sekitar Jonker Walk. Kumpulan aku melakukan aktiviti photo hunting di sebuah kedai Kuih Tart.

Selesai aktiviti kira2 sebelum tengahari, kami pulang ke dewan Hotel, untuk sesi pembentangan dan kritik. Jika aku lihat kembali pada gambar2 itu, aku masih ingat lagi ketika sesi kritik, isi2 penting yang diberitahu oleh cikgu2 dan sampai sekarang aku guna nasihat2 itu untuk gambar2 yang aku ambil.

Di bawah ni antara gambar2 untuk Assigment pertama tu:

Hari Kedua - Petang

Aktiviti yang sama seperti pada sesi pagi, iaitu photo essei, tapi kali ini kami bergerak secara individu. Kami dikehendaki mencari satu kedai dan memburu foto di kedai2 tertentu. Pada mulanya agak sukar untuk approach kedai. Satu kedai aku pergi dan tuannya setuju, dan kebetulan juga kedai itu adalah kedai pastri dan ada membuat kuih tart juga..haha

Hari Kedua - Malam

Pada sesi malam, kami melalui sesi pembentangan dan sesi kritik hingga larut malam. Sedikit panjang, kerana kali ini kami membentangkan hasil kerja secara individu. Sekali lagi sesi ini amat memberi makna kerana kami dapat lihat gambar2 oleh rakan2 kami dan kami dapat belajar dari komen2 yang diberikan oleh cikgu2 kami.

Hari Ketiga - Pagi

Kali ini, kami diminta untuk sekali lagi membuat photo essei. Tapi kali ini tidak semestinya tertumpu kepada sesebuah kedai. Kami bole menceritakan tentang seseorang, atau sesiapa sahaja. Pada mulanya aku merancang merakamkan photo essei berkenaan seseorang penunggang beca.

Pada pagi itu, aku keluar dari hotel pada awal pagi, bertujuan untuk mencari penunggang beca, untuk merakamkan aktiviti penunggang beca dari awal pagi. Sampai ke lokasi yang entah kat mana sebab aku jalan ikut GPS je (tapi menuju ke kawasan tarikan pelancong), aku tak nampak walau sebijik beca pon.

Terus aku menghala ke Kota A Famosa. Sampai di kawasan A Famosa, aku agak terkejut, keadaan di kawasan itu dah berubah. Yelah, kali terakhir aku sampai di Kota A'Famosa adalah ketika aku darjah 6, iaitu pada tahun 1995..haha lama dah. memanglah dah lain. Tapi, aku masih tak nampak beca. Aku dah mula rasa mcm panik, sebab cut-off adalah smpai pukul 11. Kalau tak ada gambar, apa yang aku nak bentangkan.

Aku kembali ke kereta, dan hendak bergegas ke Jonker Walk, aku rasa kat sana mesti ada beca, sebab semalam aku nampak ada 2 atau 3 beca semasa berjalan kaki ke Jonker Walk. Masa rushing nak start kereta, aku terpandang sorang makcik tengah sapu sampah. bercampur perasaan nak cepat, terdetik difikiran aku, ok jugak kalau ambil gambar makcik ni. Maka aku pon cancel plan untuk ke Jonker Walk, dan aku terus menghampiri makcik tu dan tanya kalau2 aku bole ambil gambar dia. Dia kata dia segan, tapi aku meyakinkan dia bahawa aku pelajar fotografi dan skg dalam assignment utk tugasan. Alhamdulillah makcik tu sangat memberikan kerjasama.

Di bawah ni lah presentation aku yang terakhir di ZTP ke-22 tu.


24 views0 comments
bottom of page