Dalam perjalanan kami memasuki switzerland dari Jerman, kami sangat teruja dengan keindahan pemandangan ladang canola yang sememangnya cantik.
Maka kami mengambil keputusan untuk berhenti di sebuah kampung ketika kami melalui jalan2 kecil di perkampungan Jerman. 4 motorhome, sebuah van selamber je masuk dan parking di sebuah lorong kecil bersebelahan ribuan pokok bunga Canola dan terdapat beberapa buah rumah berhampiran.
Kami mengambil kesempatan bergambar dengan background bunga canola yang terbentang luas dan sekali sekala masuk ke dalam himpunan bunga canola itu. Masuk sikit2 je sebab tak nak terpijak banyak bunga canola takut tuannya marah.
Sedang leka bergambar dan melompat2 dalam himpunan bunga canola, tiba2 tuan rumah keluar. Sekilas pandangan aku pada org tu terbayang watak Triple-H dalam WWE Wrestling. Wajahnya ada mirip seperti watak wrestler tu. Dengan rambut panjang kaler blonde dan ikat belakang, dgn lengan bertatu smpai ke pergelangan tangan dan berkemeja putih. Tapi badan tak lah sesasa Triple-H.
Semua kawan2 dah meluru masuk ke kenderaan masing2. Aku pon nk lari sama. Tapi disebabkan 'Triple-H' tu berdiri depan kenderaan aku, rasa xsopan pulak aku nk terus masuk ke kereta. Dengan rasa pasrah aku pon pergi menegur pakcik TripleH tu.
"Hi Sir!" Sambil tersenyum di luar. Berdebar di dalam..haha😁😂
"I just wonder what are you guys doing here.." pakcik tripleH tanya.
"Who are you?" Tambah dia lagi dengan muka kehairanan.
"We are tourist sir.." "We just stop by for a while just to take some photos.." jawab aku dengan berharap dia tak marah.😁
"You're tourist?" "I don't believe you're tourist.. where are you from?" tambah dia lagi.
"Ah sudah..takkan tak percaya kot.." kata ku dalam hati.😁
Tak sempat aku nak jawab dia sambung lagi. "If you're tourist, why you're all coming here..?" Tanya dia lagi nak kepastian sambil muka pelik.
Dalam masa bersoaljawab dengan pakcik tu, kawan2 yg lain pon turut datang utk pasrah bersama2..😁
"We saw beautiful view so we decided to shoot some photos here.." balas aku sambil muka buat2 ceria.
"We're from Malaysia.." sambung ku lagi.."Malaysia..on top of Singapore below Thailand.." menjelaskan kpd pakcik tu jika dia xpasti malaysia kat mana..😁
"I still don't believe you.. if you're tourist..you're from asia, that means you're all are very rich.."kata dia dengan muka serius.
Kitorang mampu tersenyum je sambil tengok satu sama lain.
"I've been working for years but I've never got enough money to go holiday far away.." dia mula bercerita.
Setelah lama bersembang, rupanya pakcik tu adalah arabic. berasal dari iraq. Dan dia seorang christian iraq. Dan dah lama migrate sejak iraq di serang dan sekarang menetap di sini, Jerman.
"I had been working in Iran, Algeria and Germany.."dia menceritakan pengalaman tempat dia bekerja..
"You also went to many countries.." pintas kitorang sebagai tindakbalas yang dia pon pergi banyak tempat.
"But for works.." balas dia sambil membulatkan mata..😨😁
Dan kitorang pon ketawa kecil.
Di pendekkan cerita, dia pon percaya la kita tourist. Cuma dia pelik, apa kita buat kat laman rumah dia..haha bagi dia xde apa yg menarik pon kat 'semak' laman rumah dia..haha😂
Menurut cerita pakcik tu, tanah ni sebenarnya adalah tanah yang tak elok. It's actually a bad land. Tanah yg xsubur. In order to recover the land, diorang tanam canola. So canola tu bukan lah tanaman ladang diorang. Canola tu adalah canola yang tumbuh meliar utk meneutralkan tanah ladang tu.
Dan dia risau kita makan buah apple yg beracun yg jatuh kat bawah. Sebelah tu ada beberapa pokok apple.
Selepas itu pakcik tu pon mengucapkan selamat bercuti kepada kami. Dan dapatlah gmbar sama2. Tapi dia tak bagi amik gambar dia sorang2.
Lepas tu, kami pon apa lagi..dengan riang ria masuk ke dlm himpunan canola dengan senang hati. Takde nak hati2 takut terpijak. Mcm awal2 tadi main tepi2 je. Lepas dah tau, sampai ke tengah kitorang pergi..haha
Dah semua mcm kanak2 riang di tengah2 himpunan bunga canola..haha
Gambar dari action camera Syibli Fakih