top of page
  • Writer's pictureKapten Hafiz

Photocamp 9 India: Hari Pertama di Old Delhi


Pada pagi tu pertama kali aku menjejakkan kaki di tengah2 kesibukan lorong di Old Delhi, dan aku sgt teruja. Suasana yg jauh berbeza di tempat2 lain yg pernah ku pergi, membuatkan aku rasa tak sabar2 nk ambil sebanyak gambar yang mungkin. Sedang mata melilau melihat detik2 utk dirakam dgn kameraku, tiba2 terlihat sekumpulan manusia duduk di hadapan sebuah kedai seolah2 menunggu sesuatu. Kelihatan seperti sekumpulan pesalah pun ada juga, memandangkan ada antara mereka yang duduk bercangkung. Dalam hatiku tertanya2 apa yg mereka sedang buat? "Sir..would you like to buy for charity?" Tiba2 aku disapa oleh penjual itu sambil tangannya menunjuk kearah sekumpulan yg sedang duduk depan kedainya..Owh baru ku tahu.. Ada beberapa kedai makan di lorong itu, dan boleh dikatakan hampir setiap kedai makan seperti itu akan ada sekumpulan manusia yg duduk di depan kedainya sambil mencangkung, seperti menunggu sesuatu dan tidak berbuat apa2 atau orang kata duduk melangut. Rupanya mereka adalah golongan gelandangan, atau "homeless" yang mengharapkan akan ada sesiapa yg mahu membuat kebajikan utk 'belanja' mereka makan. Salah seorang kawan peserta lawatan kami, membayar kira2 500rupee, maka cukuplah utk memberi makan kira2 20 org kurang lebih itu. Maka mereka pun beratur, kelihatan seperti budak2 asrama di dewan makan, beratur ambil pinggan, kemudian sekeping roti dan semangkuk kecil kuah, dan duduk kembali utk menjamu makanan. Sebelum itu di awal paginya, kira2 4.30pagi, ketika hari masih gelap, kami memulakan perjalanan dr hotel ke Jama Masjid. Dalam perjalanan itu, kami dapat melihat ramai yg berbaring di depan lot2 kedai. Difahamkan mereka itu semua adalah golongan gelandangan. Menumpang teduh di kawasan kaki lima kedai2 utk tempat tidur. Terlalu ramai golongan seperti ini di sini. Ternyata, lawatan ke tempat2 seperti ini akan membuatkan kita rasa bersyukur dengan apa yg dapat kita nikmati dalam kehidupan ini. Carroll Apiez

Photocamp 9

15 Feb 2015

14 views0 comments
bottom of page